无与伦比的恩惠

Wednesday, August 10, 2011

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

with 0 Comment

PENDAHULUAN
Tujuan Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada bidang IT secara praktikal. Melalui pendedahan ini, para pelajar dapat memahami lebih dekat teknologi IT secara menyeluruh dan menyedari masalah-masalah yang kerap dan mungkin ditemui. Latihan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pendedahan yang meningkatkan pengalaman dan pengetahuan pelajar perlu direkodkan dalam bentuk satu laporan yang kemas. Melalui laporan ini, pengalaman yang dilalui boleh disampaikan kepada umum. Laporan yang kemas dan  bermutu dapat mempersembahkan pengalaman latihan dengan cara tersusun, tepat dan menarik.

TUJUAN LAPORAN
Merekodkan pengalaman latihan dalam bentuk tulisan;
 Menanam kemahiran IT kepada pelajar, termasuk menulis buku manual, komunikasi, penilaian sistem dan rekabentuk;
 Memberi peluang pelajar merumuskan pengalaman masing-masing;
 Melatih pelajar menulis secara berkesan sebagai persediaan menulis laporan Projek Tahun Akhir.

KANDUNGAN DAN BENTUK LAPORAN
a) Format Am Laporan
A4 size, saiz huruf adalah 12, jenis huruf adalah Century Schoolbook atau Times New Roman  dan langkauan baris adalah 1.5. Laporan hendaklah dijilidkan dengan kemas dan teratur secara ‘staple and tape binding’ atau ‘ring binding’.
b) Format Kulit Hadapan : berwarna  kuning  untuk kulit hadapan laporan.

ISI KANDUNGAN:
1.Abstrak
Bahagian ini ialah keterangan secara ringkas mengenai perkara perkara berikut:
i. Aktiviti Organisasi;
ii. Ringkasan Laporan;
iii. Penghargaan.
Bahagian ini dihadkan kepada dua (2) halaman sahaja.

2.Isi Kandungan Laporan Bahagian 
i. Tajuk;
ii. Sub-tajuk;
iii. Mukasurat.
Tiap-tiap lampiran mesti diberi tajuk dan setiap halaman ditanda dengan mukasurat
dengan jelas.

3.Latarbelakang Syarikat / Organisasi 
Keterangan yang ringkas dan padat diperlukan mengenai syarikat/organisasi di
mana latihan dijalankan. Perkara-perkara utama ialah:
i. Sejarah
ii. Struktur organisasi aktiviti utama
iii. Pangkat dan kedudukan pegawai bertanggungjawab
iv. Lain-lain yang penting (tidak perlu melebihi tiga (3) mukasurat)


4.Penerangan tentang projek / tugas semasa latihan industri
Di bahagian ini, pelajar dikehendaki menghuraikan pegalaman yang diperolehi
mengikut tajuk-tajuk yang sesuai. Perkara utama ialah:
i. Projek-projek yang dilaksana;
ii. Kerja-kerja penyeliaan;
iii. Masalah-masalah yang dihadapi (semasa membangunkan projek, masalah
teknikal di tempat kerja);
iv. Masalah yang diselesaikan.


5.Rumusan Keseluruhan 
Bahagian ini ialah untuk pelajar membincangkan secara menyeluruh dan membuat kesimpulan mengenai latihan yang dijalani. Tajuk yang boleh disentuh ialah:
i. Jenis pengalaman yang diperolehi (lesson learnt);
ii. Kesimpulan pengalaman, persediaan untuk alam pekerjaan.i) Rujukan
Jika terdapat sumber-sumber penting yang digunakan sebagai rujukan semasa
menyediakan laporan, maka satu senarai lengkap tajuk-tajuk bahan rujukan
berkenaan perlu disertakan.


6.Ringkasan Tugas (Log book)
Bahagian ini menerangkan dengan ringkas perkara berkenaan masa, tempoh dan jenis tugas yang dijalankan. Keterangan mestilah mengikut jadual masa iaitu dari  awal latihan hingga akhir (24 minggu). Sekiranya terdapat beberapa hari kerja atau minggu yang tidak diguna untuk menjalani latihan, maka catatan perlu dibuat berserta dengan sebab-sebab. Surat-surat kebenaran mesti dimasukkan sebagai lampiran.


7.Lampiran 
Lampiran ialah keterangan tambahan yang difikirkan perlu untuk disertakan sebagai sokongan kepada teks utama. Antara lampiran yang dicadangkan ialah:
i. Laporan kajian/projek semasa dalam latihan;
ii. Dokumen bukti cuti sakit/cuti kecemasan.

8.LAIN-LAIN 
a) Gambarajah/Jadual : Semua gambarajah, jadual dan seumpamanya mesti diberi tajuk dan dilabelkan.
Tiap-tiap gambarajah dan jadual mesti disebut di dalam teks.
b) Senarai Singkatan Simbol
Jika laporan mengguna banyak singkatan, maksud sebutan penuh perlu ditulis apabila pertama kali diguna di dalam teks. Senarai singkatan singkatan dan makna sepenuhnya boleh dibuat dan diletakkan selepas ‘Senarai Kandungan’. Cara yang sama boleh diguna untuk symbol simbol.
Setiap lampiran mesti diberi tajuk dan disebut di dalam teks pada tempat-tempat berkenaan. Mukasurat semua halaman lampiran mesti berterusan dari mukasurat teks.
Nota: JANGAN masukkan bahan-bahan yang tidak berkaitan, seperti brosur-brosur syarikat, borang pesanan, majalah syarikat dan seumpamanya.

Resource: http://focusit.my/tmy3912/files/lireport.pdf

0 comments :

Post a Comment

Life is Good

Life is Good

Vietnam Coffee lover 2014

Vietnam Coffee lover 2014

Love angel in Perhentian 2014

Love angel in Perhentian 2014

First Marathon Hwaiting 2014

First Marathon Hwaiting 2014

Penang Art Street 2014

Penang Art Street 2014

Legoland Johor Bahru 2013

Legoland Johor Bahru 2013

Mt.Kinabalu I made it! 2013

Mt.Kinabalu I made it! 2013

KLCC tower 2013

KLCC tower 2013

Romance about wedding 2012

Romance about wedding 2012

Korean Traditional 한복 2010

Korean Traditional 한복 2010

Autumn in my heart 2010

Autumn in my heart 2010